Hari ini berkunjung ke majlis kenduri kahwin makcik member.Umur pengantin perempuan 55 tahun. Umur pengantin lelaki 59 tahun.
Aku nampak cahaya... hahahaha
Saturday, May 29, 2010
Thursday, May 27, 2010
Relung, Ekar, Hektar, Kaki persegi
1 relung = 0.71 ekar
1 ekar = 1.41 relong
1 hektar = 2.47 ekar
1 hektar = 107,600 kaki persegi
Maklumat atas hasil daripada kelas tanah dan geran abah. Abah keluarkan resit cukai tanah berkeping-keping dan abah lakar satu persatu gambaran kedudukan tanah di atas kertas putih. Kadang-kadang abah selit kata-kata nasihat.
Adik angguk paham. Aku pun angguk-angguk paham. Sesekali mak menyampuk. Sesekali aku buat lawak. Adik ulang balik kata-kata abah. Adik belek-belek resit cukai tanah. Ya adik, belajar rajin-rajin ya, kakakmu sokong dari belakang. Ganbatte ne~

Daging goreng kunyit
Menjadi rutin utama diri ini untuk pulang ke kampung setiap hujung minggu setelah bekerja lima hari seminggu di Perlis. Esok cuti wesak, cuti empat hari sampai Ahad. Hari ini istimewa sikit, ada emak, abah, dan adik. Makanannya juga istimewa, daging goreng kunyit, sambal petai udang, gulai tulang dan rebung, sup tulang dan ikan kering sebagai pembuka selera. Siapa tahu naluri seorang ibu, tengahari tadi di pejabat aku jamah daging goreng kunyit dan berkira-kira untuk makan lagi dan lagi dan lagi.
Malam ini aku jamah masakan mak dengan rasa yang sungguh sayu.
Malam ini aku jamah masakan mak dengan rasa yang sungguh sayu.
Tuesday, May 25, 2010
Aku suka kangaroo
lompat lompat dan lompat
Kadang-kadang ia seluk karung
Kadang-kadang ia baring
Kadang-kadang ia melompat ke kiri
Kadang-kadang ia melompat ke kanan
Karungnya besar,
bawa anak,
bawa wang,
bawa makanan,
bawa segalanya.
Semua gambar kredit kepada internet. All pictures credit to the internet. Saya belum pernah ke Australia. Tulisan ini lebih kepada percubaan sulung kemasukan gambar. Sekian, Terima kasih .
Wednesday, May 12, 2010
Hai !
Bismillah,
Hai, semoga perjalanan blog dimulakan dengan indah di sini. Tak sabar dengan pengembaraan baru ini! :)
Hai, semoga perjalanan blog dimulakan dengan indah di sini. Tak sabar dengan pengembaraan baru ini! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)